Monday, February 27, 2012

KARNIVAL MAKANAN AMAL 2012, HOSPITAL PULAU PINANG


Tahukah anda bahawasanya tidak semua servis, rawatan dan perkhidmatan yang ditawarkan di hospital-hospital kerajaan adalah percuma?


Contohnya,

bagi sesetengah pembedahan , peralatan kesihatan seperti plate untuk pembedahan kepatahan tulang, kaki palsu , mesin pernafasan , kerusi roda dan sebagainya perlu ditanggung oleh pesakit sendiri. Dan tidak semua pesakit mampu untuk menanggung kos-kos tersebut. Malahan jangan terkejut jika ada pesakit yang tidak mampu pun untuk keluar dari wad pun kerana tiada mempunyai wang untuk membeli tiket bas apatah lagi menaiki teksi pulang ke rumah.



Sebagai kakitangan hospital kerajaan, adalah menjadi tanggungjawab aku untuk memaklumkan bahawa pihak hospital mempunyai Jabatan Kerja Sosial yang bertanggungjawab membantu pesakit kurang berkemampuan tersebut untuk mendapat perkhidmatan yang sepatutnya diterima walaupun mempunyai kekangan kewangan. Hatta turut membantu membeli tiket bas ataupun memberi duit poket untuk pulang ke rumah masing-masing bergantung kepada pertimbangan yang telah ditetapkan.



Persoalannya , dari manakah pihak hospital mendapat wang untuk membantu pesakit-pesakit tersebut ?


Aku tanya , aku sendiri jawab okay.

Terdapat pelbagai sumber kewangan termasuk menjadi orang tengah dengan menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat, MAKNA, Tabung Perubatan, sumbangan NGO dan sebagainya untuk membantu pesakit yang berkaitan.





Adapun, salah satu cara bagi memperolehi dana bagi membantu pesakit kurang berkemampuan ini dengan menganjurkan acara amal. Terbaru, Hospital Pulau Pinang dengan kerjasama Ahli Lembaga Pelawat Hospital Pulau Pinang telah menganjurkan acara seperti ketetapan di bawah :



Acara : Karnival Makanan Amal 2012, Hospital Pulau Pinang
Tarikh : 19 Februari 2010
Masa : 10 pagi - 3 petang
Tempat : Tempat Letak Kereta Bertingkat, Hospital Pulau Pinang




Jadinya, aku tanpa berfikir panjang terus turut serta dengan mengambil bahagian membuka gerai jualan. Separuh dari hasil jualan akan disalurkan terus ke dana tersebut bagi membantu pesakit kurang berkemampuan.




Suami aku beri sokongan penuh dan turut serta dalam acara amal ini. Kami memilih untuk menjual ...




Penang General Hospital Food Fair

Kalau anda geliga , coba teka apakah ini ?? Sejuk dingin dan memberi keceriaan kepada semua orang .




Jawapannya,


Penang General Hospital Food Fair

Aiskrim Nestle !!!! Yeyeyeyeyeayyyy !! Tudia, penjual aiskrim yang bersemangat sekali pada hari itu ^---^




Penang General Hospital Food Fair

Tengah sibuk setup booth jualan .


Penang General Hospital Food Fair

Funder aiskrim tengah tunggu customer, mari mari aiskrim cedok sedap nyaman dingin !



Penang General Hospital Food Fair

Menggunakan khidmat adik-adik kacak untuk membantu melariskan jualan .




Penang General Hospital Food Fair

Gadis-gadis comel sebagai penarik ? HAHAHHA




Penang General Hospital Food Fair

Inilah golongan pembeli terbanyak pada hari itu, kanak kanak !!




Penang General Hospital Food Fair

Sambutan hangat.




Penang General Hospital Food Fair

Tokey tengah kira kupon jualan .



Hasil jualan ?
Alhamdullilah, berjaya mengumpul sebanyak RM902 bagi tempoh 6 jam acara jualan ini.



Separuh daripada hasil jualan tersebut dengan ikhlas hatinya diberikan kepada pihak hospital bagi tujuan amal yang telah aku terangkan sebelum ini. Kami semua sangat seronok dapat membantu pihak hospital memenuhkan tabung bantuan pesakit. Jutaan trimas kepada suami, adik-adik dan kawan-kawan yang banyak membantu gerai jualan aiskrim ini.




Nak menyumbang jumlah yang besar dari poket sendiri memang lah tidak mampu, maka melalui acara amal sebeginilah berpeluang untuk menyumbang dan beramal ^---^






Sunday, February 26, 2012

HAVE YOU HAD YOUR SHAKE TODAY?


Serius,
berat badan sudah meningkat secara amat dasyhat. Percayalah , ini serius.


Aku letih sebenarnya mendengarkan bila orang cakap aku ni kurus, badan maintain , tak perlu diet dan dialog tipikal berbunyi 'you tak gemuk pun".


Ya, kalau anda termasuk dalam golongan orang orang tersebut yang pernah komen nice di atas, anda tak salah pun sebabnya aku memang pandai kot menyembunyikan benjolan lemakan nista di tubuh badan. Memang susah orang nak perasan yang sebenarnya aku mempunyai bulging waistline, flabby thigh and some other unfavorable bodyparts which i choose not to mention.

Malu weh !


Tapi bagi diri sendiri yang merasa dan suami yang melihat luar dalam fizikal nescaya tidak dapat disangkal lagi bentuk tubuh dan berat tepu badan aku ternyata menunjukkan peningkatan yang tak sihat.



Berat normal sihat dahulukala = 45kg.

Berat tak normal, tak sihat buat masa sekarang = 53.5kg.



Okay, 53.5 kg !!!!
Dang, buat aku terduduk termenung dengan ketinggian 156cm sesungguhnya nampak rendang tak berbuah lazat.


Tapi takpa, dengan kesungguhan akan ku usaha menjadi sesihat mungkin. Menurunkan berat badan secara sihat.


Okay, have you had your shake today ?


Saturday, February 25, 2012

22.02.2012 - NAZRI AHMAD , A YEAR OLDER



This is my guy.
This is gonna be a belated birthday entry for him.



Well Mr. Nazri , Happy Birthday .
And here we go again my earlier birthday wishes that i've posted on your FB timeline ;




"Among all the hundreds birthday wishes u rcvd today,i hope tis one from me stays forever in your heart. 4 yrs back it was ur ex-gf,ex-fiance & now its ur dearie wifey & mom to 2 lovely kids wishes u ,

A very happy birthday mr.husband & abah sayang. May Allah swt always be with you,with us & bless u with all the joy & happiness. Amin."


Love,
Wifey

*purposely wanna be the closing wishes at ur wall,huhu





Us, back then.

Its nice & sweet to look back at the old photo and somehow remind us how slim we were back then. HAHAHA.

TAHUKAH ANDA TASIK BANDING TERLETAK DI GERIK,PERAK ?

(Hah tudia, tajuk entri ala ala TV pendidikan subjek Geografi)



Tasik Banding, Gerik ,Perak.

DSC_9384 copy

DSC_9155 copy


Kalau anda dari utara mahu menuju ke negeri pantai timur anda pasti akan melalui suatu kawasan yang saujana mata memandang. Tasik yang luas terbentang dikelilingi hutan tebal yang masih suci dan latarbelakang bukit bakau meninggi. Subahanallah, ciptaan Tuhan.




DSC_8932 copy

Baru baru ini pada 2 Februari 2012 aku berkesempatan pergi ke sana sebab mengikut suami yang kena outstation di situ.. Kalau sebelum ini sekadar lalu saja kawasan ini tapi kali ni sempat bermalam di situ.



Wah kedengaran cam adventerous ja kan, tapi bukan tido dalam hutan tebal berbumbungkan langit kalau dah nama pergi bersama anak-anak. Kami bermalam di Lakeside Banding Inn.


DSC_9720 copy


DSC_8948 copy



Walaupun hotel ini dok tengah tengah kehutanan, tapi kemudahan yang terdapat di sini adalah menepati piawaian keselesaan hotel hotel di tengah bandar. Bilik yang selesa berserta balkoni yang menghadap tasik terbentang, tenang dan nyaman itu sudah pasti. Jangan risau bilik tiada nyamuk dan siaran astro pun ada.




DSC_9766_2 copyDSC_9774 copy



Adapun tujuan suami aku outstation ke sini adalah untuk rebranding semula hotel ini kerana pertukaran management , jadi beliau perlu memotret foto bagi keseluruhan kemudahan yang terdapat di sini termasuk aktiviti outdoor yang ditawarkan jika anda berada di Tasik Banding ini.





DSC_9369 copy

DSC_9395 copy

DSC_9409 copy

Like seriously ....?



DSC_9463 copy

DSC_9448 copy

Okay, nak jugak super ring tu. Sumpah all time fav junkie kot !




Serius, aku jeles tak dapat mengekoq suami mai ke sini kerana tak sesuai kot nak bawa si kecik 2 orang tu . Menyelusuri tasik jauh ke dalam hingga ketemu perkampungan orang Asli Temenggor, jungle trekking dan bermesra bersama alam.



DSC_9612 copy

Bunga rafflesia menguncup .



DSC_9608 copy

Mengembang sudah. Whooaaaa teruja walau hanya mampu lihat foto saja !



DSC_9562 copy

Anda juga boleh memilih untuk memancing di tasik ini. Semua pakej outdoor boleh rujuk dengan pihak hotel.






DSC_8929 copy

Makan malam yang sesungguhnya lazat, terasa seperti masakan nenek di kampung. Ikan segar hasil pancingan di Tasik Banding menjadi santapan dalam versi masak cili padi. Ikan gemuk berlemak manis sekali.





DSC_9790 copy

DSC_9784 copy

Dah tak dapat nak join masuk ke hutan, maka di habiskan dengan anak-anak di bilik dan kolam renang. Kolam renang ini di sini agak besar jugak dan yang paling menarik adalah dapat blend with the surroundings. Feeling ala-ala berendam dalam Tasik Banding wah tah- tah- ada- naga- tasik- chini -eh- apa- aku merepek ni ?





DSC_9695 copy

Okay this place is highly recommended if you're looking for something serene, green & get going on your feet for some exciting outdoor activities. Lakeside Banding Inn offers quite an interesting package & definitely affordable rate for the accomodation & tasty delicacies.



I'll surely dont mind to come here again !