Monday, August 29, 2011

AIDILFITRI #1



Tahun 2011.
Tahun ketiga ber-Aidilfitri tanpa arwah emak.
Tahun ketiga juga ber-Aidilfitri dengan memegang status isteri.
Tapi baru dua tahun ber-Aidilfitri dengan status sebagai seorang ibu.



Raya dah tak seperti dulu. Kosong memang kosong bila raya semua orang teruja girang mahu berjumpa ibubapa , balik kampung, anyam ketupat , masak rendang dan bagai bagai lagi.



Aku, takdak kampung.
Yang ada hanya kampung sebelah bapa. Itu pun cuma rentetan zaman kanak-kanak. Tak lebih tak kurang. Tak paham? Abaikan.



Bila dah berkeluarga macam ini , memang tiada istilah raya bergilir tahun ni raya pertama di kampung awak wahai suami kemudian kampung saya lah pulak. Oh, memang setiap tahun pun raya pertama memang mutlaknya kampung sebelah suami aku sahaja.

Mungkin raya ketiga,keempat dan seterusnya pulang ke kampung sebelah bapa aku. Mungkin juga tidak. Terpulang kepada situasi.



Jadi, aku dah tak kisah pun nak beraya di mana sejak arwah emak tiada, sejak dah berkahwin. Mana suami bawa situ lah destinasi nya. Alkisahnya, saya yang menurut perintah.


Adapun, setiap kali 1 Syawal saat yang sangat meruntun hati mestilah ketika sesi bermaafan dengan yang tersayang berlatarbelakangkan takbir raya. Kalau dulu dengan arwah emak, syahdu terasa sambil mengelap airmata menitis malu memohon ampun tersalah terlawan cakap terguris hati wanita itu .

Momen itu sudah berlalu, tiada ulangan.



Bila dah jadi isteri orang ni tanpa emak dan sikit lagi nak sama taraf dengan sebatang kara memang syahdu terasa sampai ke tulang saat bermaafan dengan suami. Airmata tetap jadi benda wajib tak payah nak cakap lah kan. Almaklumlah, setiap orang punya kekurangan diri dan setiap perkahwinan ada masam manisnya.


Bagi aku, raya atau tidak kebersamaan dengan suami dan anak-anak itu yang utama.
Suasana , tempat, orang sekeliling cuma penambah warna sesuatu acara sahaja.


Raya kali ini sama istimewa dengan raya sebelum-sebelum ini ketika masih punya emak. Cuma lain watak utamanya.


Suami dan anak-anak yang tersayang, mereka lah punca aku masih mahu meraikan hari yang mulia ini.



Salam Aidilfitri semua ^--^


0 note for me: