Salam lebaran. Selamat hari ke-8 Syawal 1432.
Acara wajib sejak berkahwin punya anak. Potret keluaga. Sukahati & gembira. Harap lepasni dapat “surprise” foto telah dibingkaikan.
Merah membara, merah darah kelihatan seperti itu lah tema raya famili aku kali ini. Tapi yang sebenarnya tema kali ini adalah secara “last minute mix & match” sahaja. Aku sendiri tak bercadang nak mengenakan baju kurung moden tersebut pada hari lebaran kerana asalnya aku memasang impian mahu berkelabu takpun berhitam sahaja untuk sepersalinan 1Syawal.
Tapi demi nak sedondon dengan baju melayu suami dan ingin melihat anak-anak memakai baju terang lagi garang maka aku rela saja memakai selendang merah makngah itu yang kalau lembu rodeo nampak mesti aku kena sondol dulu lah ^--^
Ini adalah keluarga mak saudara sebelah suami aku. Maksu gelarannya. Maksu ini lah tempat aku menumpang kasih. Lagi-lagi lah dia yang banyak membantu aku semasa berpantang sendiri dahulu dan sampai kini pun dia masih banyak menolong dalam hal membesarkan Indah & Hamas. Rumah kami dekat saja maka boleh dikatakan hari hari pun Indah mesti bertandang ke rumah toksu yang satu itu. Indah & Hamas dah macam cucu maksu sendiri. Malahan sekeluarga maksu amat mengasihi kedua-dua anak aku. Syukur.
Tahun ini berbeza dengan tahun sebelumnya kerana kali ini berpeluang berkunjung ke rumah kawan baik pada hari raya pertama.
Letih beraya pada 1 Syawal diteruskan pula dengan acara rutin pada hari raya kedua iaitu berkunjung ke rumah saudara mara sebelah arwah ibu mertua. Berikut antara foto-foto pada hari tersebut :
Budak-budak lah yang paling seronok pada hari lebaran. Mana tidaknya berbaju baru dan dapat duit raya woh nikmat. Mak bapak tumpang seronok jugak ^---^
Lagi satu bab menarik tentang hari raya adalah juadah yang enak lazat belaka dan eh tetiba jangan dok rasa ganjil kalau serta merta berat badan naik mencanak sampai 5 kilo -10 kilo. Padan muka sahaja jawapannya.
Padan muka aku sebenarnya !
Apapun, nikmatilah Syawal yang mulia ini dengan penuh kesederhanaan, saling bermaafan dan eratkan silaturahhim antara keluarga dan rakan taulan.
Kepada yang telah pergi, doa sentiasa dititipkan.












0 note for me:
Post a Comment