BAB 1
Muhammad Hamas bin Mohd Nazri. 1 tahun 4 bulan.
Foto ini diambil sewaktu hari raya pertama. Sihat dan cergas tapi masih belum boleh berjalan stabil. Yes, you heard me right.
Waktu ini hanya boleh sekadar menapak bertatih hingga 10 tapak tanpa berpaut pada dinding, sofa, perabot meja.
Hari ini 14 September 2011, terpaksa amik cuti kecemasan sebab kesian sebab semalam keja tetiba pihak nursery call up & bagitau suhu badan Hamas adalah 39'c. Muka merah padam dan asyik merengek.
Kesian arjuna ku.
Muhammad Hamas demam panas sejak pagi Selasa, 13 September 2011. Masuk hari ini sudah 2 hari dia demam.
Disyaki, dia demam nak boleh berjalan sukses kot ^---^
Nota tambahan :
i. Suka sungguh menggigit orang. Sakit woh sebab gigi dah la banyak, tajam pulak tu. Indah selalu jadi mangsa gigitan adik Hamas.
ii. Masih memerlukan pacifier saat mahu tidur ataupun ketika saat moody grumpy untuk tenangkan diri sendiri. Takpa , nanti abah slowly ajar Hamas buang pacifier sendiri dalam tong sampah macam kes Indah dahulu.
iii. Berat badan agak menyusut sebab aktif. Tapi masih suka makan, hari-hari kena makan nasik kalau tak mesti hati tak hepi.
BAB 2
Indah Nur Dahlia binti Mohd Nazri. 2 tahun 8 bulan.


Ini wajah Indah bila tengah rimas tengah berpeluh dan tak selesa.
Suka menggaru-garu bahagian bawah tengkuk, bahagian sekitar leher dan pelipat bila panas berpeluh. Kulit menjadi kesat dan kasar.
Kesian dewi ku.
Pertama kali membawa Indah berjumpa dermatologist dan sah lah Indah ada eczema. Normal bagi manusia terutama kanak-kanak. Harap dengan menerima rawatan sepatutnya eczema ini akan hilang seperti mendung kelabu sinar muncul kembali kulit sihat dan lembut.
Nota tambahan :
i. Alhamdullilah. Sudah lancar membaca doa-doa seperti doa makan, doa tidur & doa selepas makan. Surah Al-Fatihah boleh dibaca walaupun ada sikit berterabur. Selawat nabi memang dah jadi benda biasa di mulut setiap hari sejak berusia setahun lebih lagi.
ii. Very talkative. Suka berleter jugak terutama terhadap Hamas. Memang gaya seorang kakak yang suka berleter terhadap adik yang terpaksa tadah telinga. Rumah sunyi kalau Indah tiada. Her voice is music to our heart.
iii. Seorang ketua darjah di nursery bagi kanak-kanak seusianya. Okay, mama proud of you !
Indah dan Hamas ,
mama sayang.sangat.sangat ^---^
Bab tamat.


