Friday, September 9, 2011

BLAH


Ada sesetengah individu kita meluat tapi kita biarkan saja dia, biar dengan perangai “annoyed” nya. Sebab kadang-kadang tak guna pun nak melayan lebih-lebih nanti terlebih emo lepastu kan dah tak seronok hati sendiri.


Ada sesetengah(kebanyakan) individu suka buat tanggapan sendiri hatta hanya sekadar membaca status di FB lepastu buat status sendiri lepastu kumpul korum bikin segmen kutuk perli sarkastik. Ini bolehlah kita panggil sebagai bacul. Kalau berani meh la cakap depan-depan kasik cakap mulut itu banyak lancang dan juga lantang. Baru rockstar yeop, haktuih !


Ada orang suka bragging cakap tinggi lebih dari gunung kinabalu gamaknya tinggi melangit fuhyoh! Semuanya hebat dari hujung rambut split end sampailah hujung kuku ibu jari bercagu. Okay lah, kau lah hebat.

Bravo.



Kepochi adalah penyibuk. Dari benda sebesar alam seperti laki si polan tu suka “makan ayam” kat luar sampailah benda remeh temeh seperti tanya soalan bodoh jenama kasut, baju, beg orang lain dan bagai bagai lagi lah. Lepastu tu kondem kot atas lepastu esok lusa tiru beli jenama atau benda yang sama.


Menjengkelkan.


Bercakap pasal kondem nih adalah dinasihatkan sebelum mahu kondem orang lain terutama dari segi fizikal mahupun gaya berpakaian, bertudung berbelit terbelit, berambut pendek ataupun panjang sekalipun adalah dimohon jasa baik budi perkerti sedar diri dahulu. Sebab kalau badan bersaiz XL tapi pulun nak masuk jugak saiz S dan ternampak lipatan di perut sampai tiga tingkat nok, lemak tepu bergayutan di lengan , rambut dyed karat babydoll cut serius nampak funnily cheap tapi bajet Kim Kardashian lepastu ada keberanian jitu nak kondom orang eh.


Memalukan boooo-yah !

Sekian, blah.