Thursday, September 29, 2011

COME AND GO. GO AWAY. AGOGOGO :-)

People come, people go.
Same goes to friends.


Rutin yang sama perkara yang serupa. Itu dah macam tulah bagi aku kot.
Ramai kenalan satu bab, ramai kawan bab yang berbeza. Tak sama.

Kau mungkin kenalan cuma tapi bukan kawan. Atau jugak kamu kawan pada hari yang lepas, minggu yang lepas ,bulan-bulan yang lepas ataupun tahun tahun yang lepas.



Tapi, status kamu hari ini cuma setakat kenalan. Ironi.


Aku rasa bengang jugak dengan diri sendiri kadang-kadang sebab suka/cepat sangat melabelkan seseorang atau sekumpulan individu sebagai kawan yang sebenarnya bagi mereka aku ni hanyalah sekadar kenalan cuma. Tiada signifikasi besar pun. Kau paham tak point aku di sini?

Okay, abaikan. Next !


Satu lagi,

bila terlalu sangat rapat dengan seseorang potensi untuk kita merasa kecik hati, jauh hati, sentap hati mak ni amatlah berisiko tinggi. Tak payah lah nak geleng kepala . Ini memang hakikat pun. Benda kecik remeh temeh pun kadang-kadang boleh buat makan hati.


Dok rapat punya kamceng pantang ada status di FB, Twitter cepat ja komen meng-like tetiba senyap sepi sunyi lepastu buat macam nothing happened macam tak kenal aku minah ni. Beruk pun paham memang ada yang tak kena. Baik kau remove ja dari friendlist der kalau meluat sangat.


Sadistiknya, bila part aku semua pun macam nak sentap sangat eh? Tapi bila part kau dan kau buat spoil semua pun kena terima redha sahaja sebab dalam setahun purata kau swing mood adalah lebih seribu kali? Okay, memang tak fani.


Lagi tak fani bila individu/perkara/subjek yang dulu menjadi ketidaksukaan , the BIG NO sekarang sudah jadi kroni.

Homaigad ,

apa sudah jadi ? Jilat ludah sendiri? Whatever.
Risiko tanggung sendiri.


Oh sentap sekali dua kali tiga empat lima kali malah berbelas kali pun masih boleh simpan kejap kejap dalam hati. Masih boleh berlakon aku okay geng . Tapi yang tak okey bila dah sentap makan hati lepastu kena pujuk hati sendiri dan sentiasa berpikiran positif dan dengan positifnya jugak call/sms/emel mesra mesra macam semua pun cool lepastu kau reply macam haprak. Memang boleh blah !



Bila aku kira kira balik sebenarnya berapa ramai sangatlah kenalan yang betul betul aku anggap sebagai kawan. Yang aku dah anggap macam kakak macam sedara sendiri. Tak ramai.



Tak lebih 10 orang pun.



Diorang bukan gigih sangat pun dok baca status FB aku, komen mahu tekan punat like tu. Jarang malah tak pernah pun. Diorang tak perlu tahu kondisi aku hapi, sedih, sihat, sakit melalui sebarang social network pun. Bukan begitu cara mereka untuk terus kekal rapat berhubung dengan aku. Terus tekan speed dial faveret di henpon masing-masing dan


"hello, hang sehat ka? "



Contohnya, dengan kawan paling rapat/BFF.. takkan nak jemput mai kenduri kita kahwin, nak bagitau dah sakit nak beranak nih melalui medium social networking kot. Kawan tak rapat mungkin lah. Tapi kalau kawan blood brother, blood sister mesti personally kita inform kan.



That's the appreciation token of friendship. To feel important and needed.



Okay, sebelum entri ini menjadi lebih emosial aku minta maaf banyak banyak kalau ada hati hati yang terasa sentap putus nafas lepastu bashing aku secara jihad di status FB/Twitter or even blog .

Im only human you know.


Macam kau, aku pun ada batasan jugak.
Macam kau, aku pun tak lengkap tak sempurna.

:-)