Saturday, September 17, 2011

JUMAAT YANG TIDAK TIPIKAL



Jumaat, 16 September 2011. Cuti Umum Hari Satu Malaysia.


Menghadiri majlis akad nikah Ida . Merupakan adik kepada bestie aku , Zura.
Zura merupakan bekas rakan sekolah suami aku. Juga merupakan bekas kawan sepejabat aku pada satu masa dahulu.


Hakikatnya, aku kenal dengan suami aku melalui Zura jugak ^---^

Intro tamat.






Sekarang, seperti kebiasaan tipikalnya mari kita lihat beberapa keping foto rawak yang diabadikan oleh official photographer Ida pada hari itu iaitu suami aku sendiri.





DSC_2483_2 copy


Ida sebagai pengantin. Comel haih !




Untuk makluman, sejak beberapa bulan lepas baru sedari Indah amat menyukai menghadiri majlis perkahwinan. Dia suka tengok pengantin perempuan. Lebih dari suka dia kagum sebenarnya dan rasa begitu teruja hingga mata menjadi berkaca-kaca.


Sekarang tengoklah ,


DSC_2206_2 copy


Begitu khusyuk melihat pengantin dirias. Muka penuh kekaguman dan merasakan betapa cantiknya pengantin ini. Lepastu nanti bagitau aku "pengantin cantik, mama" .



On the other hand..


....making friends when attending function like this.


DSC_2274_2 copy
DSC_2279_2 copy

Hah ! Buat gapo tu ? Kelihatan binocular berada di atas lantai. Spy kids gamaknya !




Lagi foto rawak .



DSC_2683 copy

OMAIGOD, pengantin cantik pegang saya dan peluk saya ! ----> bicara Indah di dalam hati sambil mata berkaca-kaca.





DSC_2687 copy

DSC_2690 copy

DSC_2694 copy

Tudung kaler biru itulah Zura. Mak orang anak dua jugak macam aku. Geng mak budak.




Kesimpulannya, hari Jumaat kali ini amat bermakna sebab dapat cuti, dapat ikut suami "berkerja" dan dapat jumpa kawan lama.


Jumaat kali ini memang tidak tipikal !