Friday, September 16, 2011

MATI


Okay. Mana patut aku mula ?

Begini , aku cuak sebenarnya.


Sejak dari petang semalam sampai sekarang rasa macam ada guruh dalam perut, dada rasa macam nak pecah dan berombak sungguh bergemuruh.

Itu definisi cuak aku buat masa ini.



Semalam Khamis, hari terakhir berkerja bagi minggu ini memandangkan hari ini Jumaat merupakan cuti umum Hari Malaysia. Apa kau tak cuti ? Eh tetiba !


Semalam Khamis macam semua jabatan di tempat aku kerja seronok menganjurkan rumah terbuka sempena hari raya. Aku makan tak hingat walhal aku tak attend pun sebarang open house mana-mana jabatan. Sebab tak attend sebab tadak sebab nak attend. Whatever lah!

Kebetulan jugak unit aku pun ada buat makan-makan sikit jadi di situ lah aku makan bukan sikit-sikit punya . Makan tak hingat dua pinggan plus jajan itu ini !

Bila perut kenyang, hati gembira macam mahu demand tolong sorongkan bantal nak tido seround dua , boleh ?

Ya, boleh blah !


Berjaya habiskan waktu kerja sehingga jam lima petang dan kemudian terpaksa memandu pulang ke rumah. Part ini memang tidak best. Meredah lalulintas dan pemandu tidak sopan di Pineng sememangnya buat mata boleh terbuka luas sebab semua pun drive kereta macam mala'un.

Memang semua pun boleh dapat makan maki !


Sampai saja di Seberang Jaya menuju ke Kulim menggunakan BKE Expressway sememangnya sedikit menenangkan dan membosankan. Lepas bayar duit tol RM1.60 di laluan ketiga kepada tollgate girl bernama Norehan bukan Markonah yang pakai glove hitam, maka pemanduan diteruskan.

Bosan dan mengantuk. Dan letih. Jam 6.15 petang.

Dan kemudian,


BANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!


Berdentum bunyi gempita kuat !!!


Accident? Yes, almost.




Aku bukak mata tengok side mirror sebelah kanan driver *which is im the driver* sudah pun terbidas gedebang melekap ke tingkap kereta.

Sekarang, sila rasa cuak.

Aku tertido, terlelap ?



But as far i remembered it just a blink of eye . I must be overly exhausted & overloaded with foods that caused me to fell asleep for few seconds while my foot was hitting the pedal like 90km at that very moment. I t might only be takes only few seconds for my car to slammed to the sideways of the highway divider and yes i did shut my eyes only for a few seconds.

If it's 1 minute ? I might not be here to tell you the tale .



Sebetulnya aku memandu di laluan kiri tetapi bila aku tersedar selepas terlelap aku dah pun berada di laluan kanan, laluan memotong. Syukur masa itu kereta tak banyak kalau tak mungkin aku dah bang kereta orang lain dan sapa tahu kesudahannya mungkin di katil hospital. Tak perlu kronologi bang kereta orang lain pun , kalau kereta aku bang divider kat highway tu pun dah cukup teruk kemudian berpusing kemudian apa lagi , malas nak fikir sebab semua pun dah boleh agak apa nak jadi.



"Kemalangan tipikal, pemandu mengantuk lalu melanggar pembahagi jalan" gonna be a headline for tomorrow news.




Alhamdullilah, syukur tak terhingga kepada Allah swt sebab tiada apa-apa terjadi pada aku. Mujur aku tersedar dan saat itu Tuhan saja yang tahu betapa cuak, panik, keliru dan menggeletar kaki tangan.


Saat itu juga sekilas pantas terpampang wajah wajah kesayangan suami dan anak-anak di depan mata. Dan pada saat itu juga, airmata penuh bertakung dalam kelopak mata tapi tak menitis sampai lah ke rumah bila suami aku bertanya kenapa lampu signal habis pecah dan ada kesan calaran sepanjang body kereta. Dalam pulak tu kesan calar tersebut. Dia taktau emosi aku lagi tercalar dalam. Gosh!


Saat itu dah tak terbendung.
Okay aku perempuan, jadi aku menangis.



Sungguh rasa macam nak mati dah tadi.
Sungguh rasa pentingkan diri sendiri sebab dah sedar hakikat dah mengantuk tapi degil tak nak mengalah berhenti sekejap lelap mata nak jugak jugak cepat sampai ke rumah.

Kalau jadi benda tak diingini bersediakah aku untuk meninggalkan anak-anak dan suami?



Dan persoalan utama,


bersediakah aku untuk mati?