Sunday, September 11, 2011

RENDANG AYAM MACAM EMAK PUNYA, YEAY !


Pernah tak bila teringinkan sesuatu sampai ke tahap sanggup berbuat apa sahaja?
Sampai sanggup buat perkara paling tidak disukai sekalipun.
Perkara yang dirasakan renyah dan remeh temeh.

Misalannya, memasak.


Okay fine, korang semua terer cekap tayah cakap lah bab memasak memang dok celah gigi je.



Tapi bagi aku memasak nih memang paling aku tak gemar , tak suka dan paling penting aku rasa aku masak tak sesedap mana pun. Macam tak berbaloi ja nak bersusah payah beli bahan-bahan di kedai runcit lepastu nak kena cuci ayam, potong bawang, siat itu ini lepastu dengan dua orang anak kecil yang sentiasa cuba nak kacau mama depa dok masak di dapur.

Letih satu hal, makanan tak sedap satu hal.


Fuh alasan kenapa aku tak suka memasak !



Tapi macam aku dok bebel di entri sebelum ini lah betapa aku begitu teringin sangat-sangat-sangat-sangat-masakan rendang ayam arwah emak. Dan betapa frustnya raya tahun ini tak dapat makan rendang ayam seperti yang diingini .


Lalu nak tanak dengan tahap teringin mengalahkan perempuan bunting anak sulung , aku kuatkan semangat untuk cuba memasak rendang ayam ala -ala arwah emak.. Resepi aku bantai cari di google. Mak ai berderet resepi rendang ayam dok ada . Mak nenek bahan bahan dan cara memasak. Juling mata aku nak absorb data ! Akhirnya, jumpa satu resepi yang simple dan mudah saja cara penyediaan rendang ayam nya.



Dan walla inilah hasilnya di petang Ahad yang syahdu …



Rendang mama

Rendang ayam pedas sikit -sikit !




Puashati dapat makan rendang ayam masakan sendiri. Pertama kali memasak rendang. Rasa hampir sama macam rendang arwah emak. Dimakan bersama lemang dan ketupat palas.

Seronok bila suami aku yang mulanya macam tak percaya aku nak masak rendang sendiri lepastu macam tak yakin ja nak menjamah takut cirit birit ke hapa sayang oi lepastu dia cakap sedap rendang awak nih. Fuh itu lah saat terindah dalam diari masakan aku bila suami sendiri cakap sedap hasil air tangan sendiri dan penat lelah 2 jam di dapur.



Untuk makluman , aku masak sambal tumis pun fail habis maka bila dapat masak rendang ayam dengan jayanya memanglah suami aku pun naik pelik.




Futnot : Lepasni nak kena belajaq masak sambal tumis secara serius sebab suami dah request. Nak yang sedap tamau yang makan lepastu ulang alik masuk jamban ceeriit beeerriit ^---^