Di kala musim lebaran ini semestinya pelbagai juadah terhidang. Semua pun sedap enak bukan kepalang. Makan bertambah-tambah berpinggan-pinggan menjilat jari tanpa ambil endah tahap kolestrol lepastu buat muka pelik bilamana jeans dah tak muat, baju mengetat di lengan dan kancing butang tercabut.
Tapi ini raya beb.
Sekali setahun cuma disambut bukan berkali-kali setahun. Jadi pejam mata sudahlah enjoy makan apa yang ada di depan mata. Lepastu back on track, jaga pemakanan sihat. Ecewah tarbiah ala pegawai dietetik. Shadapyu!
Di hari lebaran ini juga haruslah diketahui betapa aku amatlah merindui masakan emak. Teringin sampai kalau dikenang berkemungkinan dapat menghasilkan mukus berjujuran di tepian bibir. Lubang hidung ni macam boleh saja terhidu aroma masakan lazat arwah.
Ini memang satu penderaan mental. Lagi mental sebab aku sikit pun tidak mewarisi bakat memasak arwah. Sempatlah belajar beberapa menu mudah. Itu pun tak setanding mana.
Takat boleh buat hadap makan sendiri saja.
Kalau hari raya, arwah mesti wajibalqunah buatkan rendang ayam dan laksa. Setakat hari ini tak pernah lagi lah aku merasa masakan yang serupa rasa seperti masakan emak.
Hampir sama mungkin ya.
Tapi raya kali ini belum lagi ketemu rendang ayam seperti emak punya penangan. Ayam dipotong sederhana, pedas pedas dan sedikit berkuah. Drumstick & thigh memang bahagian yang aku booked awal-awal. Jangan nak berebut !
Akibat kempunan tak dapat rendang ayam macam mak punya tahun ini, maka dengan ini dengan akal fikiran yang waras aku mahu cuba masak sendiri rendang ayam. Ini perkara besar buat aku sebab aku tidak betah di dapur.

Okay, sekarang aku nak pi google resipi rendang ayam. Hah? Baru nak cari resipi ? HAHAHAHA.
Chow !
pssttt..kalau sapa-sapa yang rasa nak bagi resipi/tips/rahsia jadi hebat di dapur maka sila emel / msg di FB saja sebab komen sudah disabled mulai sekarang ^--^
