Wanita Pengotor !
Tetapi, apabila pihak tertentu mendakwa banyak tandas wanita kotor dan tersumbat gara-gara tuala wanita, masing-masing enggan mengaku. Bagi sesetengah wanita, mungkin lontaran kata-kata itu bagaikan gurauan walaupun ada di kalangan mereka menjadi penyumbang kepada permasalahan ini.
Kesedaran terhadap pembuangan sampah atau kotoran daripada tuala wanita itu menjadi momokan masyarakat apabila ia menjadi punca beberapa kolam, takungan atau kumbahan tersumbat sehingga kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk mengatasi masalah itu.
Kita mesti biasa mendengar tuala wanita antara punca kebocoran saluran paip kumbahan akibat saluran tersumbat yang berlaku di sekolah mahupun di tandas-tandas awam.Bahan itu yang bergumpal dan tersekat dalam paip, terutama apabila sampai di saluran berbentuk ‘L’ menyebabkan laluan airnya tersumbat sehingga berlaku kebocoran kerana paip tidak dapat menampung tekanan yang tinggi apabila tandas dipam.
Soalnya, mengapa wanita suka membuang tuala wanita ke mangkuk tandas atau longkang, bukankah perbuatan ini menunjukkan sikap tidak mementingkan kebersihan?
-Tamat artikel -
Jadi mengapakah wanita suka membuang tuala wanita ke mangkuk tandas atau longkang, bukankah perbuatan ini menunjukkan sikap tidak mementingkan kebersihan?
Jawapannya, PEMALAS DAN PENGOTOR.
Sekian, tak perlu lah nak beralasan itu ini konon kalau buang dalam tong sampah nanti tengah malam hantu momok datang dok hisap darah dekat tuala wanita pulak. Ini bukan kisah misteri mistik nusantara dik oi.

Rasanya kalau kita ke tandas awam , memang ada terpampang signage terang-terang seperti di atas. Dan turut disediakan sanitary bins khas untuk membuang tuala wanita sahaja.
Malahan seingat aku dulu sewaktu zaman persekolahan selalu diingatkan oleh para guru supaya pelajar perempuan tidak membuang tuala wanita terus ke mangkuk tandas. Kalau kau dok di asrama lagi lagi lah kot kena pesan kan. Kang tak pasal pasal pakcik abu tukang kebun merangkap tukang paip kena pam mangkuk tandas yang tersumbat sebanyak sejuta kali dan dang hamik kau 2 keping tuala wanita cap sanita berbalut kertas suratkhabar bergumpalan.
Malu haih !
Itu kat sekolah boleh lah masing-masing taknak mengaku , macam tu jugak di tandas awam sapa pun tak tahu sapa punya angkara. Tapi kalau pergi bertandang ke rumah orang jangan lah buat perangai buruk pengotor begini takut terkantoi dengan tuan rumah.
Berganda kot malunya, haih !
Pendek kata , kat tandas mana sekalipun jangan lah sesekali berbuat begini ya wahai girlfriends sekalian. Pengendalian tuala wanita melambangkan tahap kebersihan seseorang wanita.
Tak guna cantik rupa paras dan berbau harum satu badan tapi hakikatnya pengotor. Euuwww !

2 note for me:
setuju sgt2222222
yupsie
Post a Comment