Semua pun cakap dan semua pun tahu IKEA punya meatballs adalah terbaik. Alang-alang dah berkursus di kotaraya lalu terus ter-mengidam ter-teringin meatballs IKEA dan berhajat jugak nak cuci mata di IKEA dan mungkin jugak nanti terbeli barang IKEA.
Jadinya, habis kelas pada petang itu , terus menuju ke Damansara untuk ke IKEA bersama suami,adik, anak-anak dan anak sedara . Ala-ala rombongan cik kiah gitu padahal terlupa dan tak terpikir pulak time habis kelas di IPPTAR, Angkasapuri itu adalah waktu habis waktu pejabat. Jam 5 okay. Jalan sesak tak payah cakap lah kan dan sah sah tak terer susur galur jalan di Kuala Lumpur dan bila dah nampak signage IKEA tapi tersalah simpang pulak lepastu hamik kau terpusing satu KL dan akhirnya selepas 2 jam baru sampai IKEA.
Kesian. Perut keroncong mintak meatballs !
Lagi kesian bila tengok entrance masuk ke IKEA tertutup rapat. Jam di Android adalah tujuh malam. Pergi tanya orang kedai jual roti bun tepi IKEA dan dia cakap gini,
“ IKEA tutup awal hari ini. Sampai pukul 6 je sebab malam ni diorang ade annual dinner”
Okay sekarang tolong bagitau sat apakah yang patut aku rasa?
*&*@&%#%$&^$&^#*&@*#&@*#&*@#&*@#&*&!!!
(forgive me for the foul language)
Sedih harapan berkecai kesian dengan diri sendiri dengan budak-budak kecik yang dah mengamuk dalam kereta sebab bosan meredah jammed nak sampai ke IKEA dan akhirnya IKEA tutup dan meatballs hanyalah sekadar menjadi fantasi bagi perut bulat ini.
Mama, mana meatballs mama?? Tengok air liur saya sudah meleleh sob sob sob..
Dah malas nak cakap dah, dok taip ini pun masih rasa sakit hati berbekas woh!
Damn u IKEA.
Baiklah, mungkin tadak rezeki tu . Kot kalau IKEA bukak mau habis duit dalam dompet kan mana lah tahu *berpura positif*
Mood hilang lalu terus mahu pulang ke Bandar Baru Bangi sahaja. Tak ronda-ronda pun dalam Ikano (IPC) tapi sempatlah jugak membeli kasut untuk mereka.
Okay dah , jom bayar dan chaloo. Malas , benci, tak suka okay. Nak cepat balik dan sampai rumah kakak aku nak rehat nak tido. Dahlah gigih sanggup tuh berbaju kurung tak bertukar punya semangat nak pergi IKEA. Kat Pineng tadak IKEA kau tahu tak ?
Sekian coretan moody !






