Wednesday, October 26, 2011

HEY KABSAH HEY SABA RESTAURANT


Makan untuk hidup atau hidup untuk makan?


Pergi berkursus kali ini jugak umpama hari makan sedunia. Setiap hari ada saja plan nak makan benda-benda sedap.



pic taken from Saba Restaurant FB page



Restoran Saba, Cyberjaya merupakan sebuah restoran yang menyajikan Middle East cuisine. Seumur hidup ini kali pertama mencuba.



DSC_9021_2 870 copy


Wanita berbaju merah itu ialah Mem Luya . Merupakan seorang kawan yang aku kenali melalui dunia blog dari zaman preggy Indah. Ini baru pertama kali bersua memandangkan dia menetap di Dubai nun kebetulan aku berkursus dan kebetulan dia jugak pulang bercuti untuk sambut hari raya qurban. Molek sangat dah tu, jom jumpak lah kata kami berdua !


Malam itu kami punya prime order adalah kabsah chicken & kabsah lamb . Sori geng gambar tiada memandangkan photographer ghairah dok makan lamb ! Yang pasti menu tersebut disajikan dalam BIG portion so that you could share it with 2-3 person per plate. Untuk maklumat lanjut tentang menu boleh lah layari website Saba Restaurant. Selain Cyberjaya satu lagi branch adalah di Setiawangsa.


Makanan adalah sedap sangat, percayalah. Amat berbaloi dan adalah disyorkan untuk datang. Kedai bersih, selesa dan waiter pun ramah tamah orang Parit Buntar ye dik !


Awat tadak kat Pineng hah? Saingan dengan nasik kandaq kot no ^--^


p/s : Indah was there too , sleeping (lying) on the chair beside me. Rugi you Indah ! Kabsah rice was heaven!