Thursday, October 6, 2011

ORANG KERJA KERAJAAN NI MESTI BUAT KEJA LEMBAB




......tak mesra, goyang kaki, dan banyak lagi lah perkara busuk dan negatif.







Standard perception
lah tu , kan. Mentaliti. Terutama bagi mereka yang tak keja gomen.

Aku dulu pun sebelum masuk sektor kerajaan ada persepsi sebegini. Sekarang dah betul-betul jadi penjawat awam pun ada sedikit persepsi sebegini.


Tapi, tak semua .


Dulu masa keja swasta, bila sorang- sorang kawan opis resigned sebab memilih nak masuk sektor kerajaan mati mati aku tak paham. Kenapa pulun sangat depa ni? Gaji ciput ja pun. Siap dok sakat depa kata keja gomen nanti kena geng dengan kaklong maklong baju batik, baju kurung merlap merlip, tudung manik koran, kerongsang agak agak besar ibu jari kiri kanan bahu dok ada tersemat. Tudia mulut jahat dok ada dok sakat orang. Walhal diam-diam aku pun apply keja gomen tru portal SPA. Ni gara-gara kes tak puas hati dengan keja yang sedia ada yang aku rasa 10 tahun dok situ tu pun tak ke mana haih perginya.


Bila dah masuk keja sektor kerajaan nih sikit sikit aku rasa persepsi tentang orang keja gomen mesti buat keja lembab adalah tidak tepat sepenuhnya.


Lagi-lagi bila dah kuat kencang kedengaran desas desus tentang kenaikan gaji takpun bonus bagi pembentangan belanjawanan esok, hari Jumaat. Seiring dengan desas desus itu ramai sungguh lah menyuarakan komen dan pendapat. Yang memang keja kerajaan wajiblah mengharapkan desas desus tersebut menjadi nyata. Yang tak keja kerajaan pulak rata rata buat bunyi tak puashati lah pulak. Sampai ada keluar statement di newspapers :


"keja kerajaan goyang kaki pun dok bising mintak bonus mintak naik gaji".

" tak patut kerajaan naik gaji atau bagi bonus, servis tak mencapai piawaian"

"nak naikkan gaji orang kerajaan tu pakai duit rakyat, kerja tak sebagus mana tidak adil untuk kami pekerja swasta"




Cis, orang kerja kerajaan pun makan gaji weh, ada anak bini nak tanggung nak suap makan kasi duit, bayar tax, bayar tol,bayar saman dan macam-macam lagi. Kalau boleh orang kerajaan pun nak jugak/teringin bonus berbulan-bulan gaji, nak jugak merasa profit sharing syarikat, nak jugak rasa kenaikan gaji hebat setiap penggal tak pun setiap tahun macam orang kerja swasta. Bukan kata orang kerja kerajaan saja orang yang tadak kerja pun nak dan teringin. Sapa yang tak nak kan. Hidup sekarang semua pun nak pakai fulus.


Buat apa nak jaki sangat, kan.

Paling kurang pun kau letak lah ayat penyedap kat belakang tu..tak semua.


Serius,

jabatan aku berkerja sekarang bukan keja goyang kaki goyang badan macam tu. Keja sikit punya serius.

Keja semua nak cepat siap, cepat setel. Lambat sikit memang kena bom. Bila tugas utama adalah untuk mengendalikan komplen manusia-manusia terhadap servis kerajaan kau akan faham. Semua mengharapkan yang terbaik dah tagline pun dah terang lagi bersuluh "berkhidmat untuk negara".


Sekarang aku dah faham kenapa ada sesetengah penjawat awam yang melenting bila orang suka buat statement orang keja gomen pemalas, lembap tak efisien dan segala jenis benda negatif. Kalau nak ikutkan semua sektor pun tak kisahlah kau keja swasta bajet kampeni international sekalipun ada jugak makhluk makhluk yang lembap goyang kaki jugak tapi disebabkan kau bukan berkhidmat untuk orang ramai untuk rakyat malaysia maka tak dengar lah kisah lembab lembai berleluasa sana sini, kan, kan tak gitu?


Tapi itu lah sebab susu setitik rosak santan sebelanga. Disebabkan sorang kerani di pejabat kerajaan yang duduk di kaunter buat spoil tak mesra kerek nak mampos masa kau nak daftar kad di hospital, masa nak renew lesen baru atau mungkin juga masa kau nak tanya soalan di kuanter pertanyaan untuk servis servis kerajaan yang lain terus kau cop semua semua pun orang kerja kerajaan ini hampeh!


Okay lah ,persepsi masing-masing adalah hak individu. Mentaliti sebegitu memang susah nak dikikis. Kita tunggu dan lihat sahaja lah esok apa cerita belanjawan. Kalau ada rezeki alhamdullilah , kalau tiada rezeki redha sahaja lah.


Kesyukuran itu paling tepat. Syukur dengan apa yang ada.