Dulu, sewaktu arwah emak sakit aku selalu bersedih. Bersedih dengan dugaan hebat yang dilalui.
Tapi ada seseorang berpesan,
Mungkin kesakitan yang dialami adalah salah satu cara Allah SWT menggugurkan dosa-dosa semasa hayat arwah.
Jadi, aku redha. Redha bahawasanya Allah SWT tidak akan menguji hambaNYA melampaui kesanggupan mereka. Dan pasrah bahawa itulah ketentuan yang tak patut aku rungut dan bertanya kenapa hebat sekali kesakitan arwah. Bertarung dengan penyakit darah selama hampir 3 tahun, bergantung sepenuhnya kepada pemindahan darah, beralaskan tilam dan besi katil hospital sebagai tempat berteduh berbulan lamanya pada akhir-akhir hayat arwah.
Al-fatihah buat arwah emak yang disayangi. Moga bersama mereka yang beriman di sana.
Aku yang hidup ada masa ditimpa sakit perlu belajar berhenti bersungut sebab seperti yang dipesan mungkin begitulah cara dosa-dosa hitam dipadam.
Insyaallah.

0 note for me:
Post a Comment