
Muhammad Hamas. 1 tahun 7 bulan. Sudah boleh berjalan tanpa sokongan. Sudah panjang akalnya. Gigi pun dah banyak dan amat suka menggigit manusia.
.

Indah merupakan antara regular victim gigitan Hamas. Mangsa kesukaan Hamas. Kesian Indah, habis lebam terkesan bentuk gigi comel Hamas di lengan, paha dan pelbagai bahagian abdomen yang lain. Selalu tercetus pergaduhan kerana berebut mainan, makanan, manusia bernama mama dan jugak sebab sebab yang lain. Gambar di atas adalah sedang berebut vitagen.
Hamas dilahirkan normal seberat 3.6 kg. Dia sihat tetapi kerap demam.
Sampai lah pada tarikh 3 November 2011 , jam 4.30 petang hari Khamis aku dapat sms dari nurseri bagitau Hamas demam dengan suhu badan 38'c. Aku yang masih di pejabat masa itu terus call suami aku untuk fetch Hamas dengan seberapa segera di nurseri.
Tapi Tuhan lebih mengetahui...
Jam 5.oo petang satu panggilan dari nurseri telah buat hati aku remuk redam bila dimaklumkan Hamas sedang dikejarkan ke hospital akibat demam sawan (tarik) ataupun febrile fit. Belum sempat pun suami aku fetch Hamas di nurseri.
Kau rasa apa aku rasa?
Okay, airmata turun lebat bak hujan di luar tingkap kereta dengan lalulintas atas jambatan Pulau Pinang yang macam tak mau bergerak, padat dan sesak.
Sesak nafas aku. Pecut laju ke hospital bersama doa supaya semuanya terkawal di sana.
Sedih.
Lagi sedih bila aku menjaga Hamas di wad, sekali lagi Hamas kena sawan/febrile fit. Panik bila tengok keadaan dia yang kejang dengan mata hitam sudah naik ke atas. Nasib baik berada di wad, maka dengan cepat dia distabilkan oleh doktor. Suhu badan pada masa itu ialah 39.7'c.
Alhamdullilah, pada 5 November 2011 sehari sebelum raya Aidiladha , Hamas dibenarkan pulang. Masa itu aku dan suami sudah mencari info berkaitan demam sawan/febrile fit supaya kami lebih bersedia seandainya kejadian yang sama berulang di rumah. Kami juga membeli ear termometer baru memandangkan bacaan yang diperolehi lebih cepat dan tepat berbanding underarm termometer yang sedia ada di rumah. Ubat demam suppositori memang sentiasa tersedia di dalam peti sejuk.
Dan berikut sedikit info berkaitan demam sawan yang diambil sini.
DEMAM SAWAN (FEBRILE FIT)
Apakah Penyakit Demam Sawan ?
la adalah serangan sawan yang dicetuskan oleh demam yang tinggi pada kanak-kanak berumur antara 6 bulan hingga 5 tahun.Apa itu sawan ? Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan.Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda mengalami sawan ?- Baringkan dia mengiring dan pastikan kepala pada paras yang sama atau lebih rendah daripada badan.
- Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan.
- Jangan sekali-kali cuba memasukkan sebarang benda ke dalam mulut.
- Jangan cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang atau mengurut badannya.
- Sekiranya sawan itu berterusan anda boleh memasukkan ubat sawan melalui dubur (suppositori diazepam).
- Sawan sepatutnya berhenti dalam tempoh 10 minit.
- Bawa anak anda ke hospital sekiranya sawan masih berterusan dalam tempoh 10 minit selepas memasukkan ubat sawan.
Adakah ia sama dengan epilepsi (gila babi) ?Tidak. Epilepsi ialah sawan tanpa demam dan biasanya berlaku pada kanak-kanak yang lebih dewasa atau peringkat remaja.
Adakah demam sawan menyebabkan epilepsi ?99% pesakit demam sawan tidak akan mengalami epilepsi.
Adakah demam sawan menyebabkan kerosakan otak kekal?Sangat jarang berlaku, kanak-kanak yang mendapat sawan yang berpanjangan (dalam tempoh lebih 30 minit) mungkin boleh mendapat kerosakan otak kekal.
Apakah penyebab demam sawan ?Sebarang penyakit bersama demam yang tinggi seperti batuk selsema atau jangkitan virus.
Adakah ia berulang ?Ya. 3 daripada 10 kanak-kanak yang demam sawan akan mendapat serangan yang sama. Tetapi risiko mendapat demam sawan berkurang apabila melebihi umur 3 tahun.
Adakah anak itu merasa kesakitan semasa sawanTidak. Semasa anak itu tidak sedarkan din dan tidak menyedari apa yang berlaku.
Apakah yang perlu dibuat jika anak anda demam ?
- Periksa suhu badan menggunakan jangkasuhu.
- Bukakan pakaian untuk menurunkan suhu badannya dan rendahkan suhu bilik
- Lakukan jelungan dengan air paip yang bersih pada keseluruhan tubuh untuk menurunkan suhu badan.
- Elakkan dan menggunakan ketulan ais (air batu).
- Beri minum air secukupnya.
- Berikan ubat demam kanak-kanak dengan dos yang betul dan sekiranya anak anda tidak boleh memakan ubat demam anda boleh memberi suppositori paracetamol setiap 4-6 jam sekali.
- Umur <> 4 tahun 15 ml (360 mg)/3 sup
Sekiranya anak anda masih kelihatan tidak sihat atau mengalami sakit tekak atau sakit telinga bawa dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Antihiotik tidak semestinya diberikan kepada semua pesakit demam sawan. Demam bersama sawan boleh berlaku disebabkan oleh penyakit serius yang lain seperti radang otak (encephalitis) dan radang selaput otak (meningitis) contoh: Japanese B Encephalitis (JE). Pesakit yang mengalami demam dan sawan hendaklah menjalani pemeriksaan doktor.