8 Disember 2011
Dah lama rasanya tidak pergi bercuti ke mana-mana. Apatah lagi pada bulan November sahaja Hamas telah dimasukkan ke wad sebanyak 2 kali. Keadaan agak tegang, letih dan lesu.
Lalu apabila keadaan sedikit tenang dan stabil, disogokkan pula dengan pelawaan oleh kakak-kakak sekalian untuk turut serta pergi cuti cuti Malaysia sempena cuti sekolah, kami suami isteri yang pada mulanya agak teragak-agak kemudian menjadi begitu spontan terus setuju nak join sekaki dan tak sampai 24 jam terus bersiap sedia bertolak menuju ke Putrajaya makan nasik kabsah di Saba Restoran dulu dan esoknya segera berkeputusan mahu jalan-jalan a day trip to Melaka :-)
Dari Putrajaya kemudian berhimpun di Bandar Baru Bangi sebelum berkonvoi beramai-ramai 5 buah kereta. Meriah 6 famili kesemuanya . Tu pun tak cukup korum sebab adik adik tak dapat join almaklumlah plan nak short trip ni pun adalah last minute.
Ahli rombongan yang kena paksa bangun awal. Demi nak berjimba-jimba semua rela bangun mandi seawal subuh .
Pilot of the day with co-pilot. The traffic was smooth.
Seronok konvoi berderet 5 bijik kereta camni. Dari Bandar Baru Bangi ke Melaka dekat je , more less 1 & half hour. Tol lebih kurang rm13 +.
Lepas sarapan makan roti tampal yang gambar tidak ambil sebab kelaparan sangat terus saja kami menuju ke tengah-tengah bandaraya Melaka.
Mana lagi kalau bukan di Stadhuys. Sempat lagi family potrait yang muat masuk sekali pengantin dok pose sebagai background. Orang ramai nok lalu lalang, jadi tipis lah harapan nak dapat clean background . Comel je tengok foto ni, semua pun tengah semangat kobar-kobar ni nak day trip di Melaka.
Tetiba seronok terlebih dapat naik beca walhal kat Pineng nu ada berlambak beca kat Padang Kota Lama. Tapi beca di Melaka adalah cantik dihias kot..
Tudia, ini lah rombongan ber-Beca kami. Rasanya 10 bijik beca kot ke lebih haa ? Terus masuk background music , "abang beca, abang beca di tengah jalan...putar putar putar kaki mengayuh" !
UFO tengah pekan Melaka. Okay, macam cool lah kan Menara Taming Sari ni tapi sayang masa ini tengah under maintaince so tak dapatlah nak feelings alien mendarat bumi .
Akhirnya berkeputusan nak naik River Cruise di tengahari yang panas. Jenuh dok mengira berapa orang dewasa dan kanak-kanak nak beli tiket.
Waiting for the cruise. Its smoking hot weather tapi kami okay lagi.
Kejap je menunggu lalalaalallla bot pun sampai.
Satu bot ni famili aku ja. Meriah riuh rendah suasana sampai tak perasan keruhnya air sungai Melaka ni.
L.O.V.E
River Cruise ini turut mendapat jolokan sebagai Venice of Malaysia. Sepanjang 30-45 minit menyelusuri sungai ini kita akan melalui beberapa jambatan kecil dan dapat melihat suasana bandar Melaka. Bila naik cruise ini masa tengahari matahari terpacak atas kepala adalah tidaklah enjoy sangat sebab sesungguhnya Melaka ini hidup indah warna warni pada malam harinya.
Oh berpeluh bercerau tayah habaq lah !
Antara pemandangan sepanjang sungai . Nice decorated paintings all over the old buildings.
Satu pengalaman baru buat anak-anak. Biarpun berpanas terik tetap excited diorang ni tapi bila dah lebih 20 minit dah mula rimas dah Indah dan Hamas. Rimas, panas nak susu nak tido nak bantal kesayangans .
Geng abang-abang pun dah mula bosan.
Lalu, geng mak-mak terus buat keputusan nak stay oevernight di Melaka sebab macam tak habis pusing Melaka lagi kan. Jenuh jugak call hotel sana sini, semua pun fully booked. Siapa sangka pada hari bukan hari minggu pun hotel boleh penuh.
Tapi kami terlupa, sekarang musim cuti sekolah. Janganlah mengharap sangat lagi lagi holiday kali ini bersifat bidan terjun begitu spontanius sekali. Kuciwa sesangat.
Call punya call, google punya google tak kira nak tidur jugak jugak kat Melaka nih lalu pilihan yang ada cuma lah A' Famosa Resort di Alor Gajah yakni agak jauh dari Bandaraya Melaka.
Maka , ke situ lah kami menuju untuk bermalam. Lebih kurang 40 minit jugak memandu dari Bandaraya Melaka ke A' Famosa Resort.
Sekian bab 1.
Cerita cuti kali ini akan bersambung ke bab seterusnya.
** Entri terpanjang dan terbanyak gambar. Terima kasih kerana sabar membaca ^---^




























