A Famosa Resort ini terletak di Alor Gajah Melaka. Agak jauh dari Bandaraya Melaka.
Villa D'Amor , A Famosa Resort.
Di sinilah kami bermalam bagi meneruskan percutian kali ini. Banglo 3 bilik, 2 tandas dan kolam renang berprivasi. A good catch at RM 628 per night.
Spacious. Just great for our big family .
The best part is the private pool at the backyard.

Seperti normalnya, budak-budak lah yang akan memonopoli kolam renang. Mandi dan mandi dan makan dan mandi lagi dan makan lagi sepuas hati.
Okay layan gambar mandi mandian dulu :
Whoa banyak haih foto bermandian. Bukti bahwasanya inilah aktiviti mereka semata-mata di sini. Sampai ja terus terjun kolam sampailah maghrib baru masuk dalam rumah cari makan.
Bila dah malam menjelma asalnya nak keluar have fun di Cowboy Town Carnival di A Famosa Resort nih. Tapi semuanya pufffffttttt berakhir di tilam sahaja dengan tidur lena keletihan memasing. Makan malam pun beli bungkus sahaja , punyalah letih semua orang.
Keesokan paginya, sambung lagi aktiviti mandi manda sebelum check-out jam 12 tengahari. Dah cukup kot nooo tempek gambaq mandi manda. HAHAHAHAH.
Okay nak chowchincau dah. Bantal kesayangans Indah wajibalqunnah nak interprem jugak.
Kasi pukul gambar sekeping bang !
Gambar wajib mesti ada. Okay, kami mesti pilih !
Tudia, dok setting placing gambar famili. Photographer dok beletiaq dah tu.
Here we go, the family affair. Too bad, missing my hubby as he's the photographer. We gotta get tripod next time for the complete family potrait.
Untuk makluman sekalian, dalam A Famosa ini terdapat pelbagai tarikan seperti Water World, Safari, Carnival Cowboy Town, Horse Riding, Paint Ball, Go-Kart etc. Tapi satu pun kami tak cuba.
Motif: sebab harga setiap aktiviti tersebut agak ridiculously costly, baik cheq pi Sunway Lagoon sah-sah seronok berbaloi baloi.
Sekian bab 2.
Ada lagi bab 3, sat nak kena pilih gambaq beribu riban dahulu.
Tata !





















