9 Disember 2011
Mood tengah baik, jalan pun berpimpinan tangan. Cute & sweet.
Lepas ja check out dari A Famosa Resort, Melaka terus sahaja menuju ke Zoo Negara, Kuala Lumpur. Semua budak dan ibubapa budak pun gembira sebab semua pun sukakan binatang.
We're animal lovers .
Tiket masuk untuk dewasa adalah RM 20 dan kanak-kanak RM 6. Kalau lebih dari 30 orang boleh dapat potongan diskaun RM 2 bagi setiap tiket.
Menariknya hari itu terdapat pertunjukan singa laut. Serius comel makhluk ni, cerdik pulak tu. Makan ikan pun banyak, upah setiap kali buat aksi. Bravo sea lion !
Kekaguman mereka dua beradik ini .
Ada jugak " bird show ". Memang awesome lah !
Tapi, yang paling awesome adalah ini ;
Suami aku cakap aku buat muka bagus .
Okay memang aku terasa awesome di sini. Kasi derma sikit, pegang duit kemudian burung tersebut akan datang ambil duit di tangan. Nasib baik dia landing elok atas lengan kalau atas kepala, atas muka ? HAHAHAH .
Naik train ja nak pusing satu zoo ni sebab budak budak ramai, tak terkawal lepastu masing-masing dah letih kot. Tiket dewasa RM 3 , kanak-kanak RM 2. Tadak diskaun, terima kasih.
Busuk. Gajah baru lepas berak.
Kita minum dulu, kata sang rimau.
Hah tudia dok tunjuk aksi sang rimau dekat Hamas.
Ahli rombongan yang lain pun sedang asyik melihat aksi sang rimau.
Reptile house.
Mereka yang paling gembira riang ria pada hari tersebut.
Mereka lagi gembira bila datang ke Children's World iaitu satu kawasan mini zoo untuk kanak-kanak. Semua kandang binatang dibina comel bersesuaian dengan ketinggian kanak-kanak. Binatang yang ada pun semua kategori kanak-kanak jugak seperti arnab, pony rambut rebonding, anak kambing kelaparan rumput dan macam-macam lagi.
Sebelum pulang, mesti ada foto keluarga. Bagus, kali ini suami aku merangkap fotografer juga terdapat di dalam gambar. Terima kasih diucapkan kepada tembok pokok bunga yang bertindak sebagai tripod ^--^
Adapun, pada asalnya rancangan bercuti adalah melawat Melaka tetapi memandangkan percutian kali ini agak spontan maka tiada perancangan rapi lalu hanya sempat ke Stadhuys, naik beca dan River Cruise sahaja. Tiada Jonker Streets , asam pedas melaka mahupun cendol sedap. Mungkin selepas ini kena beringat jika hendak bercuti perlu ada perancangan lebih-lebih lagi pada cuti-cuti umum dan musim cuti sekolah.
Ralat itu ada tapi tak kisah sangat, tolak ke tepi sebab masa yang ada diguna sebaik mungkin bersama famili. Itu yang lebih penting sebenarnya :-)
Bab tamat.
Tahun depan pulak kita cuti-cuti.































