Tajuk memang tak relevan langsung. Abaikan.
Kalau kamu semua memang dah lama membaca blog ini , mungkin kamu sedari yang suami aku merupakan seorang photographer. Sebab itu lah blog ini mempunyai banyak foto, sedikit cendurung seperti fotoblog.
Mungkin juga kamu tak sedar.
Dan normanya setiap kali aku diajukan permintaan oleh rakan taulan untuk melihat album perkahwinan aku. Almaklumlah suami wedding photographer, kan. Mungkin mereka beranggapan album kahwin aku sure edisi gempak sangat.
Okay, tak kelakar okay sebab sampai sekarang ini dah beranak dua pun album kahwin masih belum dicetak. Percaya lah. Sibuk buat album client, album kahwin sendiri elok tersimpan dalam hard disc , jauh sekali nak buat layout. Dulu mula-mula adalah jugak aku mendesak dia cepat cepat print album nikah/kahwin lepastu lama-lama dah berbulan dah bertahun nyampah ngeri pulak aku tengok muka sendiri semasa majlis resepsi. Makeup was horrible , i looked almost like an opera cina !
Okay tayah print lah bang.
Kemudian penyakit snap foto cantik cantik tempek kat FB kat blog lepastu dok senyap senyap dalam hard disc dah jadi macam tabiat macam penyakit. Dari masa zaman mengandung pertama kali, Indah bersalin, Indah membesar lepastu mengandung lagi dapat Hamas , detik dia membesar semua pun ada fotonya ribu riban tapi satu pun tak pernah print out.
Serius habaq ni.
Sampai lah pada suatu hari (Selasa),

Tadaaaaaaa, freshly printed 300 pcs photo of our recent vacation to Melaka & Zoo Negara. Okay, this is seriously outrageous !
XOXO you hubby. Thank you very much.
And the pocket album just doing great. Now lets move backwards and sort out the previous folders in the hard disc and do many many many prints out and albums , weehooooo !
Perasaan melihat gambar softcopy & hardcopy adalah tidak sama. Indah & Hamas turut seronok melihat foto-foto mereka tersemat kemas di dalam album.
Apatah lagi kami suami isteri !
