Friday, December 16, 2011

SEBAB SEBAB DOA TIDAK DITERIMA


Salam Jumaat ,
Jangan pernah berputus harap jika doa tidak dimakbulkan.




SEBAB-SEBAB DOA TIDAK DITERIMA


1. Faktor Masa

Tiada seorang muslim yang menghadapkan mukanya kepada Allah swt untuk berdoa, kecuali Allah mengabulkannya, adakalanya dipercepatkan dan adakalanya dilambatkan.



2. Sebagai Ujian Dari Allah swt

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : " Kami beriman", sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?
(al-Ankabut: 2)



3.Perkara Yang Tidak Baik Bagi Yang Berdoa

Boleh jadi sesuatu yang engkau tidak suka akan sesuatu itu adalah baik bagi kamu dan boleh jadi sesuatu yang engkau sukai akan sesuatu itu adalah tidak baik pula bagi kamu, dan Allah swt itu amat mengetahui apa-apa yang tidak kamu ketahui.

Kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah swt hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu.
(al-Nisa' : 19)




4. Ditangguhkan Sebagai Simpanan di Akhirat

Tiada seorang muslim pun yang berdoa dengan suatu doa yang tidak berhubungkait dengan perkara maksiat atau berkait dengan memutuskan hubungan silaturrahim, kecuali Allah swt memberinya salah satu dari tiga kemungkinan: segera dipenuhi doa tersebut, atau disimpannya sebagai simpanan pahala di akhirat, atau dihindarkan Nya dari kecelakaan atau keburukan yang seumpamanya. Mereka (para sahabat) bertanya ; Bagaimana kalau kami memperbanyakkannya? Rasulullah saw menjawab kami akan memperbanyakkannya lagi.
(Hadis riwayat Ahmad,Bazzar, Abu Ya'la dan Hakim)






Dipetik dari buku berjudul DOA - Amalan Sepanjang Hayat , pemberian dari saudari Haniza Ahmad.
Terima kasih kak :-)