Wednesday, December 14, 2011

SELAMAT TINGGAL PUTING CABUK BUAT HAMAS!



Anak-anak aku memang PERNAH berkawan baik dengan puting/soother/pacifier. Amik masa jugak nak pisahkan mereka dengan best-friend-forever tu. Satu ketika dulu ada aku menulis tentang perpisahan Indah dan putingnya.


Nah kalau nak baca nak flashback semula,

SELAMAT TINGGAL PUTING CABUK !



Sekarang ceritanya tentang Hamas pula. Terjebak dengan ketagihan puting ini sejak dalam pantang lagi rasanya. Seronok asyik semestinya nyot nyot puting. Tak payah nak salahkan sesiapa, salahkan diri aku sendiri yang nak memudahkan segala urusan menidurkan anak, menenangkan anak.



Bila dah sampai satu tahap aku sendiri yang rimas. Rimas bila puting jatuh sana sini bakteria parasit menumpang oh bab kebersihan memang out lepastu hilang entah ke mana jenuh tunggang langgang seisi rumah mencari puting yang hilang berserta laungan tangisan Hamas yang menggelupur kehilangan puting kesayangan, oh sadis!






DSC_9875 copy

DSC_9872 copy



Ditambah pula habit perangai kurang elok Hamas ni adalah dia suka membuang puting merata-rata sesuka hati, haishhhh geram betoi . Lagi-lagi kalau kat tempat awam memang jenuh jugak nak cari pili paip air nak menyental puting takut ada kuman. Memang leceh !


Banyak dah cobaan nak memisahkan dia dengan puting cabuk tersebut. Taktik tipikal tentang kehodohan dan keburukan puting cabuk yang kami pernah eksperimenkan terhadap Indah nyata tidak mendatangkan hasil terhadap Hamas. Gagal dah banyak kali dah rasa nak berputus harap terus.





Sehinggalah pada suatu hari yang barakah hari Jumaat , 2 Disember 2011.

Seperti rutin habit buruknya, dia telah membuang puting cabuk kesayangan hingga jatuh masuk ke bawah ruang antara sofa dan lantai. Dan untuk makluman semua, rumah aku banyak cicak dan cicak yang banyak itu tidak lah hidup bergelandangan di atas syiling tetapi banyak menghabiskan hidup di lantai di bawah kabinet tivi, bawah peti sejuk, bawah almari dan jugak bawah sofa. Dan untuk makluman jugak, Hamas adalah seorang penakut cicak.

Geli gamaknya.



Kesempatan itu, aku tetiba dapat akal buat cerita karut kata cicak sudah mengambil puting Hamas. Berkerut muka comel dia macam nak nangis pun ada tapi mengangguk-mengangguk redha juga. Hakikatnya, puting cabuk tersebut cepat-cepat sudah diambil sembunyi oleh suami aku.






DSC_9863 copy



Macam tak percaya jugak yang dia boleh mudah terpedaya dengan helah aku tu. Malam pertama memang agak sukar nak menidurkan dia, merengek ja tercari-cari puting cabuk kawan terbaik dia tu. Hari-hari seterusnya masih merengek dan setiap kali itu juga aku akan bukak balik cerita karut perihal cicak sudah mengambil puting dia.


Senyap, berkerut muka dan diam sahaja tanda pasrah .



Alhamdullilah, sekarang dia sudah bebas dari ketagihan puting.
Pufffttttttt lega, itu yang aku rasa.