Thursday, January 5, 2012

BUKIT BENDERA, PULAU PINANG SUDAH KU DAKI

....menggunakan keretapi. Tiada sebarang bukit pernah ku daki menggunakan kaki.


Mukadimah dulu.

Seingat aku kali terakhir aku ke Bukit Bendera adalah beberapa tahun yang lepas. Dah lama dah. Lawatan bersama arwah emak dan ketika itu masih menggunakan train yang lama yang panas tiada berpenghawa dingin.


Kini,


DSC_2172 copy

......pada tahun lepas yakni tahun 2011 bertarikh 24 Disember selepas menjadi isteri orang dan ibu kepada dua anak aku kembali melawat Bukit Bendera. Jarak perjalanan dari rumah ke Bukit Bendera tak sampai sejam bergantung kepada tahap kesesakan lalulintas di Pulau Pinang.




DSC_1882 copy

Hah inilah natijahnya kalau datang sehari sebelum Hari Natal dan pada musim cuti sekolah. Beratoq bang jangan tak beratoq nak beli tiket punya pasai.

Kos tiket , RM 8 untuk dewasa.


DSC_1896 copy

Anak-anak aku free of charge, bagus.


DSC_1892 copyDSC_1884 copy

Kesabaran menanti bapak membeli tiket memang milik mereka. Mama bangga dengan kamu anak-anak.


DSC_1902 copy

Yeay , bapak dah berjaya dapatkan tiket untuk kita semua!


DSC_1900 copy

Ahli rombongan. Secebis dari Geng Kapak Tumpoi.


DSC_1929 copy

Bukan ahli rombongan kami. Semua sedang sabar separuh dari iman menanti kunjungan train untuk membawa ke puncak sana. Nasib baik dah ada penghawa dingin , kalau tak mesti hangin jugaklah berhimpit berpeluhan secara jemaah sebegini.



DSC_1922 copyDSC_1924 copyDSC_1904 copy

Ahli rombongan cilik yang baik ja tunggu train ^--^


DSC_1968 copy

Train yang laju, selesa lah jugak walaupun berhimpit-himpatan sebab ada air-cond kot. Buktinya, cuba tengok baby Raheel sedap ja tido buat kali ke errr errrr berapa ya?



DSC_1945 copyDSC_1962 copy

Laju habaq hang !





DSC_1994 copy

Pemandangan Pulau Pinang dari atas sini.


Atas Bukit Bendera adalah beberapa aktiviti yang boleh dilakukan. Hotel, restoran , gerai makan semua pun ada. Kami berkeputusan mahu pusing-pusing Bukit Bendera.


DSC_2027 copy

Nak jalan pakai kaki agak jauh menjadi nyata terus buggy car menjadi pilihan kami sebagai kenderaan untuk pusing satu Bukit Bendera.. RM 50 per buggy car/per group.


DSC_2057 copy

Ini pemandu kami pada hari itu. Nama dia aku lupa. Seorang mamat Nepal yang fasih berbahasa Melayu dan kelakar nok. Sambil pandu sambil cerita sejarah Bukit Bendera, perihal banglo-banglo atas ni dan macam -macam lagi. Termalu aku sebagai orang Malaysia, apa pun tatau pasai Bukit Bendera.




Pit stop. Jom layan bergambar sat.



DSC_2041 copy

DSC_2044 copy

Potret family. Eh igt mudah ka nak amik gambar ready 1,2,3 go smile kids ? Bersyukur ja lah dengan hasil sebegini.




Hah atas Bukit Bendera ini jugak ada beberapa bijik banglo orang kaya. Kaya sungguh depa nooo. Adapun kami turut melalui sebuah rumah yang menjual aiskrim.


DSC_2086 copy

Depan rumah yang jual aiskrim. Tengok siap ada signage icecream lagi. Sempat aku temuramah penjual aiskrim mahal ni, dia kata dia hanyalah penjaga banglo maka dia anak beranak memang tinggal atas bukit ini sambil menjual aiskrim yang mahal. Part mahal tu aku saja tambah sebab Cornetto harga biasa cuma rm 2.20 tapi atas sini dia jual rm 5.oo woh !


Kos penghantaran pakai helikopter kot ^----^




DSC_2098 copy

Aiskrim mahal adik. Kita minum ayaq masak dalam tuppeware ja lah ujarku kepada Hamas.





DSC_2118 copy

DSC_2126 copy

Gambar mesti wajib ada. Train dahulu kala. Gerabak kayu dan muka Indah tak tengok camera, haih geram betoi !





DSC_2133 copy
DSC_2154 copy

Okay , nak balik dah. Puas dah meronda atas sinin nun.




DSC_2183 copy

Pulang bersama rombongan makcik makcik dari Pahang. Seronok depa kata mai Penang siap dok melatah lagi pecah berderai tertawa seisi gerabak hadapan.




Okay habis dah cerita.
Tengkiu bersabar meng-loading foto foto sekalian !