Datang ke sini bersama-sama geng photographer suami aku pada 20 Disember 2011. Tapi sampai sini semua buat hal famili masing-masing. Ada pilih mandi manda. Aku macam malas lah pulak nak masuk waterpark sebab macam baru ja balik mandi manda holiday di Melaka tempoh hari.
Jadinya, kami memilih untuk pergi ke Pulau Orang Utan di Bukit Merah ini. Tiket tak salah aku RM 24 untuk dewasa. Budak aku tak ingat sebab anak aku free kan,tak cukup umur lagi .
Nak ke sana dengan menaiki bot. Indah & Hamas seronok bukan main boleh naik bot. Dekat ja pun perjalanan. Lebih kurang 15-20 minit.
Aku bayangkan Pulau Orang Utan ni kita akan explore pulau itu sendiri. Rupanya idak ye tuan-tuan puan-puan sekalian.
Orang utan semua terkurung ke kita yang terkurung untuk melihat meraka.
Jalan sikit je dari jeti pastu patah balik ke jeti dock dan nanti adalah PRO yang akan cerita serba sikit tentang orang utan yang duduk dalam kotak kekotak ini.
Comey pulak baby orang utan ni. Pakai diaper okay !
Still a baby. Safe & sound hugging the orang utan bear. Missing his mommy.
Memang tak adventerous tapi okaylah sebagai educational trip. Harga tiket macam mahal ja bagi aku untuk setakat nak tengok orang utan dalam kandang.
Pastu adalah small video room untuk tengok dokumentari tentang orang utan. Ermmm tengok sekerat jalan terus blah sebab Indah dok buat break dance dalam bilik tu lepastu Hamas kalut nak tekan pulas-pulas punat stereo speaker sewaktu tayangan.
Lepak bosan tunggu bot. Tapi bila mengetahui duit kutipan tiket akan disalurkan untuk dana umat orang utan di pulau ini maka aku rasa taklah rugi sangat bayar tiket mahal hanya untuk lawatan yang singkat ini.
Melawat sambil menderma gitu.
Lega, bot dah sampai boleh pulang ke daratan !
Duck feeding. Indah & Hamas loved it .
Kasut 4 beranak . Tangan comey itu milik Hamas. Kalut depa nak jamu itik makan ^---^
Walaupun short noticed trip tapi seronok sebab Indah & Hamas memamg sukakan binatang. It's a learning process for them eventho Hamas was crying like this when he 1st saw the orang utan.
HAHAHAHAH , not funny ya Hamas ?
Till next "jalan-jalan" , tata !!























